Tuesday, February 3, 2009

Reningan dan Peringatan

Bismillah hirahman nirrahim

Berkejaran Mencari ribuan Pahala

1) Rebutlah 5 Perkara ini
· Masa mudamu sebelum masa engkau tua
· Masa senangmu sebelum timbul masa susahmu
· Masa sihatmu sebelum engkau sakit
· Masa kaya sebelum engkau kesempitan(miskin)
· Masa hidupmu sebelum engkau mati

2) Sabda Nabi Muhammad S.A.W “Barang siapa berwuduk lalu dibaguskan wuduknya dan dikerjakan solat 2 rakaaat dimana ia tidak berbicara dengan dirinya didalam wuduknya dan solat itu, sesuatu dari hal duniawi, nescaya terhapuslah dari segala dosanya seperti ia baru dilahirkan.
3) Sabda Nabi Muhammad S.A.W “ Solat berjemaah itu melebihi dari bersolat bersendirian dengan mendapat pahala 27 kali ganda darjatnya.
4) Sabda Nabi Muhammad S.A.W “ Sesungguhnya seorang muslim apabila menziarahi saudaranya yang sakit bermakna ia tetap berada di Taman Surga sehingga ia kembali.”
5) Sabda Nabi Muhammad S.A.W “Sehampir-hampir manusia kepadaku di hari kiamat ialah ialah mereka-mereka yang banyak mengucapkan zikir selawat kepadaku.”
6) Sabda Nabi Muhammad S.A.W “Bahawasanya sesungguhnya engkau berjalan pergi mempelajari sesuatu bab dari ilmu pengetahuan mengenai agama adalah lebih baik daripada engkau melakukan solat 100 rakaat.
7) Sabda Nabi Muhammad S.A.W “Menghadiri majlis –majlis ilmu (seperti syarahan agama) lebih utama daripada mendirikan solat seribu rakaat, menziarahi 1000 orang sakit dan bertakziah 1000 jenazah.
8) Sabda Nabi Muhammad S.A.W “Barang siapa membangunkan masjid kerana Allah walaupun sebesar sarang burung (umpama seperti bersedekah beberapa sen atau semankuk beras) nescaya didirikan oleh Allah Taala baginya sebuah mahligai didalam surga.”
9) Suatu keterangan yang diterangkan kepada kita , iaitu fadilat membaca surah Yasiin itu seperti membaca tamat 20 kali khatam Al-Quran.
10) Sabda Nabi Muhammad S.A.W “Barang siapa yang ingin bermain-main dalam taman surga, maka hendaklah ia memperbanyakkan zikir kepada Allah Azza Wajalla.”
11) Kepada anak-anak yatim banyakkanlan membantu dan bersedekah kepada mereka.

Cepat-cepat dan besegeralah kita banyak-banyakanlah amalan mulia. Rebutlahlah peluang ini sebelum nafas terakir kita. Amin Ya Rabbal Alamin.

No comments: