Sunday, February 15, 2009

Perak masih Tenang Ipoh tetap Aman

Walupun deruan angin yang begitu kuat dan kemelut politik di Perak yang membimbangkan dan demokrasi mula terhakis tetapi penduduk Perak amnya dan Bandaraya Ipoh khususnya ianya tetap aman damai. Walaupun terdapat kelibat ramai anggota Polis berkawal tetapi ianya tetap aman. jangan dengar berita khabar angin yang tidak sahih. kami penduduk Ipoh mahukan keamanan dan kesejahteraan hidup serta makmur. Orang luar jangan cuba memporakperandakan kesejahteraan kami. Terima Kasih kepada Datuk Zulkifli Abdullah Ketua Polis Perak dan seluruh anggotanya yang dapat mengawal situasi demi kesejahteraan rakyat. Walaupun terdapat banyak sekatan jalanraya dan membuatkan trafik menjadi sesak keamanan dan kemakmuran rakyat menjadi agenda yang paling penting buat rakyat Ipoh.
Walaupun Kerajaan Pakatan Rakyat tumbang dengan cara yang agak kejam juga ya. Tetapi mamak tetap jadi pilihan hatiku. Hidup Nasi Kandar Banu. Tetapi Kerajaan BN harus muhassabah diri juga. Apa yang penting kerjasama, kerjasama............  
Moral dari sebalik kejadian adalah 2 orang ADUN PKR yang terlibat dengan  rasuah yang ampunya cerita. Tetapi Kerajaan BN harus di beri ingatan di sini Penasihat PKR tetap akan mencari jalan untuk mendapatkan pemerintahan Kerajaan Persekutuan disebalik kehilangan mereka kepada negeri Perak. Kerajaan BN harus membuktikan kepada rakyat yang BN masih relevan dan tetap relevan dan senang didampingi oleh seluruh rakyat Malaysia. Rakyat sudah jelak dengan penampilan pemimpin BN yang ego dan mementingkan kroni-kroni mereka dan berkepentingan peribadi. Datuk Seri Nizar Jamaludin mendakwa beliau tetapi disokong oleh rakyat Perak. Ada benarya juga ya. Pemimpin BN buktikan yang anda juga di sukai,disokong dan disenangi oleh rakyat. Buktikan agenda dan janji-janji anda. memang benar kata Dato Seri Najib Razak calon luar akan ranap kali ini di Bukit Gantang. Calon tempatan carilah yang beriman, berilmu dan berwibawa. Yang boleh menjadi Iman kepada jemaah (pengundi) yang boleh membawa kepada kesejahteraan. Yang paling penting yang bertaqwa kepada Allah S.W.T. Amin.

No comments: