Sunday, October 19, 2008

Strategi Berdakwah

  1. Terlebih dahulu hendaklah berdakwah kepada orang yang terdeka dengan kita, saudar mara , jiran-jiran dan rakan taulan.
  2. Mengenal mereka dengan lebih dekat melalui kenduri kendara dan aktiviti kemasyarakatan seperti gotong royong.
  3. Harus ringan tangan untuk menolong-mereka yang dalam kesusahan dalam hal kebaikan dan kebajikan.
  4. Setelah mendalami dan mempunyai ikatan hati yang kuat dan tulu, galakkan terus mereka mendekati dan mendalami serta beramal dengan cara hidup Islam.
  5. Dalam bentuk yang lebih luas, boleh diadakan perbincangan dan pengkajian mengenai Islam yang lebih mendalam seminggu sekali (mengikuti kesesuaian).Jika proses berjalan dengan baik dan lancar, maka bolehlah diadakan halagah (pengajian)yang mempunyai 10 orang anggota sahaja). Agar jiwa merekadapat dibentuk sebaik mungkin.

Friday, October 10, 2008

Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan

Kerja sebagai Penolong Pegawai Perubatan yang dahulunya dikenali sebagai Pembantu Perubatan, Pembantu Hospital atau Dresser yang kini semakin mencabar dan kerjaya ini sudah mula dicabar oleh JJ iaitu Jururawat Lelaki yang kini mula dihasilkan oleh institusi latihan kejururawatan dari sektor kerajaan mahupun kolej-kolej swasta. Apabila di lihat dari sudut kepentingan perkhidmatan dan modal insan ianya amatlah bagus dan baik sekali.Tetapi dari segi skop tugasan dan perkhidmatan ianya amat merugikan sekali dan promosi untuk mempetingkatkan perkhidmatan dan peengetahuan orang ramai tentang adanya kerja Penolong Pegawai Perubatan haruslah di pandang dan difikirkan dengan begitu serius sekali. Sikap dan pemikiran semua Penolong Pegawai Perubatan haruslah di ubah untuk mengembalikan kegemilangan kerjaya ini satu ketika dahulu.