Saturday, February 28, 2009

Pakar Neurologi temui keajaiban Otak


Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang Doktor Neurologi .
Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan 'Perubatan Melalui Al-Qur'an'. Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya.
Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.
Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang! Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam......Begitulah keagungan ciptaan Allah!!!
tidak menunaikan sembahyang, maka otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!
Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.
PETUA IMAM SYAFIE
4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Saturday, February 21, 2009

Kes Elizebeth Wong siapa Punya Angkara

Kisah foto bseparuh bogel YB Bukit Lanjan Ms Elizebeth Wong hangat diperkatakan dewasa ini sehingga beliau bersetuju untuk melepaskan semua jawatan yang disandang beliau. Sebab dia tahu memang dia yang bersalah tidur nyenyak dalam keadaan separuh bogel dirakamkan oleh bekas teman lelaki beliau sendiri dan terus tersebar di internet. kes masih dalam siasatan Polis malas nak komen. Apa yang penting jangan semua orang menuduh angkara Dato' Seri JNajib Razak sedangkan beliau tak tahu menahu apa pun. Kesian dia.

Apabila Roh Keluar Dari Jasad

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh". Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat. Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir. Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku". Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku". Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari. Baginda Rasullullah S.A.W berkata: Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu." Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T . maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah m ulut dengan tenang. Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:- 1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin. 2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus. 3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina. 4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka. 5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat. 6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik. 7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat." Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:- 1. Orang-orang yang mati syahid. 2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan. 3. Orang berpuasa di hari Arafah. Sekian untuk ingatan kita bersama. Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Apabila Roh Keluar Dari Jasad


Monday, February 16, 2009

Lihat Apa yang ada

Nak untung duit dengan mudah jangan jual dadah layarilah lawan web myrm10.con/1237 bayar RM10 join jadi ahli dan promosikan URL anda kepada kekawan seluruh dunia rajin promosi untung pun mari, malas promosi lu olang lugi sepat,cepallah join

www.duitmudah.com/muzyati
10je.com/402

Orang Perak OK je

Walaupun ada kemelut politik yang hebat di Perakkami tetap menganggap pencetusnya adalah ADUN Bota yang punya angkara tetapi perancangan awal dari sumber yang mana. Ada kata plan Datuk Najib Razak malah ada yang kata plan kroni-kroni yang tidak dapat projek dan konsesi balak semasa pemerintahan Pakatan Rakyat di Perak.
saya selaku pengundi yang tidak menyokong mana-mana pihak mewakili orang ats pagar seluruh Perak merasa begitu simpati sekali dengan Datuk Seri Nizar Jamaludin yang di kuis oleh wakil Pangkor Dr. Zambery dengan sokongan Sultan Perak Raja Azlan Shah. Walaupun terdapat 2 lagi calon iaitu Raja Ahmad dan Dato' Zahari Ramli.  Kenapa Sultan tidak memilih Raja Ahmad semua orang tahu sikit ada sombong, Dato Zahari pula STPM je manakala Dr. Zambry ada PHD.
Saya nak tanya kepada Dr. Zambry rumah yang terbengkalai sejak 11 bulan yang lalu di 'Venice of Pera' Manjung tu siapa yang punya. Kata orang rumah tu Dr. Zambry yang punya terbengkalai sebab tak ada sponsor lepas BN kalah di Perak pada 8/03/2008 PRU-12 yang lalu. Berapa harganya ye . Jawab Dr. Zambry dah jadi MB ni boleh sambung projek balik kut. 

Sunday, February 15, 2009

Perak masih Tenang Ipoh tetap Aman

Walupun deruan angin yang begitu kuat dan kemelut politik di Perak yang membimbangkan dan demokrasi mula terhakis tetapi penduduk Perak amnya dan Bandaraya Ipoh khususnya ianya tetap aman damai. Walaupun terdapat kelibat ramai anggota Polis berkawal tetapi ianya tetap aman. jangan dengar berita khabar angin yang tidak sahih. kami penduduk Ipoh mahukan keamanan dan kesejahteraan hidup serta makmur. Orang luar jangan cuba memporakperandakan kesejahteraan kami. Terima Kasih kepada Datuk Zulkifli Abdullah Ketua Polis Perak dan seluruh anggotanya yang dapat mengawal situasi demi kesejahteraan rakyat. Walaupun terdapat banyak sekatan jalanraya dan membuatkan trafik menjadi sesak keamanan dan kemakmuran rakyat menjadi agenda yang paling penting buat rakyat Ipoh.
Walaupun Kerajaan Pakatan Rakyat tumbang dengan cara yang agak kejam juga ya. Tetapi mamak tetap jadi pilihan hatiku. Hidup Nasi Kandar Banu. Tetapi Kerajaan BN harus muhassabah diri juga. Apa yang penting kerjasama, kerjasama............  
Moral dari sebalik kejadian adalah 2 orang ADUN PKR yang terlibat dengan  rasuah yang ampunya cerita. Tetapi Kerajaan BN harus di beri ingatan di sini Penasihat PKR tetap akan mencari jalan untuk mendapatkan pemerintahan Kerajaan Persekutuan disebalik kehilangan mereka kepada negeri Perak. Kerajaan BN harus membuktikan kepada rakyat yang BN masih relevan dan tetap relevan dan senang didampingi oleh seluruh rakyat Malaysia. Rakyat sudah jelak dengan penampilan pemimpin BN yang ego dan mementingkan kroni-kroni mereka dan berkepentingan peribadi. Datuk Seri Nizar Jamaludin mendakwa beliau tetapi disokong oleh rakyat Perak. Ada benarya juga ya. Pemimpin BN buktikan yang anda juga di sukai,disokong dan disenangi oleh rakyat. Buktikan agenda dan janji-janji anda. memang benar kata Dato Seri Najib Razak calon luar akan ranap kali ini di Bukit Gantang. Calon tempatan carilah yang beriman, berilmu dan berwibawa. Yang boleh menjadi Iman kepada jemaah (pengundi) yang boleh membawa kepada kesejahteraan. Yang paling penting yang bertaqwa kepada Allah S.W.T. Amin.

Bakal Wanita Pertama Malaysia

Datin Seri Rosmah Mansor bakal menjadi wanita pertama Malaysia selepas Perhimpunan Agung dan peralihan kuasa Mac 2009 nanti. Tapi apa yang hendak diperkatakan disini sebelum menjadi wanita Pertama yang paling penting tutplah aurat anda dan banyakkan senyuman serta keselahan penampilan diri Datin Seri dahulu.
Pada 18/1/2009 semasa siaran langsung Anugerah Juara Lagu ramai orang memperkatakan tentang penampilan beliau ada yang kata rupa dah macam 'Singa Lapar' takut semua orang nak tengok muka dan tidak senyum langsung wajahnya. Senyumlah sikit. Kalau ada problem dengan Datuk Najib pun janganlah tunjuk reaksi muka seposen tu. Anda bakal wanita pertama Malysia. Sekali air bah sekali lagi pasir berubah. Perubahan kuasa danperalihan berlaku Datin Seri juga perlu berubah. Lihat Datin Seri Jeanne Abdullah kemana pergi pun sekarang dah bertudung bukan ke Kelantan saja.
Posted by Picasa

Tuesday, February 3, 2009

Reningan dan Peringatan

Bismillah hirahman nirrahim

Berkejaran Mencari ribuan Pahala

1) Rebutlah 5 Perkara ini
· Masa mudamu sebelum masa engkau tua
· Masa senangmu sebelum timbul masa susahmu
· Masa sihatmu sebelum engkau sakit
· Masa kaya sebelum engkau kesempitan(miskin)
· Masa hidupmu sebelum engkau mati

2) Sabda Nabi Muhammad S.A.W “Barang siapa berwuduk lalu dibaguskan wuduknya dan dikerjakan solat 2 rakaaat dimana ia tidak berbicara dengan dirinya didalam wuduknya dan solat itu, sesuatu dari hal duniawi, nescaya terhapuslah dari segala dosanya seperti ia baru dilahirkan.
3) Sabda Nabi Muhammad S.A.W “ Solat berjemaah itu melebihi dari bersolat bersendirian dengan mendapat pahala 27 kali ganda darjatnya.
4) Sabda Nabi Muhammad S.A.W “ Sesungguhnya seorang muslim apabila menziarahi saudaranya yang sakit bermakna ia tetap berada di Taman Surga sehingga ia kembali.”
5) Sabda Nabi Muhammad S.A.W “Sehampir-hampir manusia kepadaku di hari kiamat ialah ialah mereka-mereka yang banyak mengucapkan zikir selawat kepadaku.”
6) Sabda Nabi Muhammad S.A.W “Bahawasanya sesungguhnya engkau berjalan pergi mempelajari sesuatu bab dari ilmu pengetahuan mengenai agama adalah lebih baik daripada engkau melakukan solat 100 rakaat.
7) Sabda Nabi Muhammad S.A.W “Menghadiri majlis –majlis ilmu (seperti syarahan agama) lebih utama daripada mendirikan solat seribu rakaat, menziarahi 1000 orang sakit dan bertakziah 1000 jenazah.
8) Sabda Nabi Muhammad S.A.W “Barang siapa membangunkan masjid kerana Allah walaupun sebesar sarang burung (umpama seperti bersedekah beberapa sen atau semankuk beras) nescaya didirikan oleh Allah Taala baginya sebuah mahligai didalam surga.”
9) Suatu keterangan yang diterangkan kepada kita , iaitu fadilat membaca surah Yasiin itu seperti membaca tamat 20 kali khatam Al-Quran.
10) Sabda Nabi Muhammad S.A.W “Barang siapa yang ingin bermain-main dalam taman surga, maka hendaklah ia memperbanyakkan zikir kepada Allah Azza Wajalla.”
11) Kepada anak-anak yatim banyakkanlan membantu dan bersedekah kepada mereka.

Cepat-cepat dan besegeralah kita banyak-banyakanlah amalan mulia. Rebutlahlah peluang ini sebelum nafas terakir kita. Amin Ya Rabbal Alamin.