Saturday, April 18, 2009

MB Zambry mamak ok ke dia

Tahniah kepada DSNTR hari ini balik Pahang orang sambut macam nak gila sambutan begitu hebat maklumlah balik ke negeri sendiri. Rakyat Pahang tentu gembira sekali PM yang ke-2 dari negeri mereka selepas Tun Abdul Razak dulu dan kini anaknya DSNTR. Bangga aku orang Pahang. Tapi aku orang Kedah kini menetap di Perak dan menjadi pengundi di parlimen Gopeng dan Dun Sg. Rapat yang di pegang oleh YB. Hamidah Osman@ Hamidah ular kata bekas MB Perak semasa datang berceramah di tempat aku baru-baru ini.
Dulu aku tengok berita tak boleh tengok muka DSNTR tapi bila dah jadi perdana menteri ni aku dah boleh terima dan tengok dengan pembaharuan beliau kira bolehlah sokong beliau, tapi kalau tengok muka menteri besar mamak yang muka tak malu sampai hari ini pun tak boleh terima aku lebih suka DSTRG lagi.
Satu lagi aku nak bagitau DSNTR kalau nak tawan hati rakyat semula bukan hanya dekati dan ambil hati saja, bab-bab agama pun kena tekan juga lebih banyakkan aktiviti keagamaan yang penting suruh DS RM pakai tudung dulu dan banyakkan senyuman muka tu maniskan sikit ni sekali tengok macam singa lapar. Kami tahu dan pasti DSNTR akan berjaya merancakkan dan menstabilkan serta memulihkan ekonomi Malaysia dengan ada RM di CIMB dan syarikat kewangan yang lain dan dan pegang Jenereal-jeneral tentera dan bagi pula Menteri Dalam Negeri kat sepupu yang tersayang DSHHO. Tapi nak pesan satu lagi semasa saya tengok rancangan bual bicara di TV1 yang dihoskan oleh Sayid Munnawar ada seorang ahli panel seoran Profeser keturunan Cina sebelum pilihanraya di 2 Bukit dan satu Batang Ai, cara dia cakap DSHHO jangan cakap angkuh dengan pegang keris untuk BN mendapat undi dari kaum Cina. Renung-renungkalah DSNTR no.
lLast sekali nak bagi tau orang-orang tak mahu Zambry mamak jadi MB. Tolonglaah kami

Andainya aku pergi dulu sebelummu

kubur-source-wwwjawigovmy

Andainya aku pergi dulu sebelum mu
Janganlah kau bersedih hati

Andainya aku tiada lagi di sisi mu
Janganlah kau memencil diri
Bayarkanlah hutang-hutang ku semuanya
Gunakan pampasan takafu ku
Yang telah ku wasiatkan untuk mu
Di waktu ku hidup dahulu

Andainya aku pergi dulu sebelum mu
Takkan engkau hidup melara

Andainya aku tiada lagi di sisi mu
Janganlah engkau kecewa

Ku sediakan perlindungan secukupnya
Walaupun jasad ku tiada
Walau di mana kau berada
Kasihku takkan berubah

Di polisi ini ku sediakan perlindungan
Untuk keluarga kita
Perlindungan takaful yang ku sediakan untuk mu
Menyara kehidupan

Di sini ku bersedia dengan polisi
Andainya ku pergi dulu

Jikalau ku pergi dulu
Ku pastikan perlindungan untuk mu