Saturday, December 27, 2008

Pilihanraya kecil Kuala Terengganu

Barisan Nasional perlu membuktikan kemenangan selesa semasa pilihanraya kecil kawasan P.36 Kuala Terengganu untuk membuktikan bahawa BN terus relevan. BN adalah gabungan daripada parti-parti komponen yang kebanyakkan kalah teruk semasa PRU -13 pada 8 Mac 2008 kecuali komponen di Sabah dan Sarawak yang di kira masih lagi relevan bagi rakyat kedua-dua negeri di Malysia Timur itu. Isu pembangunan yang selama ini di bawa oleh komponen BN di alaf ini tidak begitu menarik minat pengundi terutama golongan muda yang hendakkan perubahan. Oleh itu pemimpin-pemimpin BN harus berusaha bersungguh-sungguh untuk memenangi hati kumpulan ini.perubahan drastik golongan muda hari ini tidak mahu lagi menjadi 'Yes Man'. Mereka hendakkan kebebasan dan berdiri atas kaki sendiri tanpa kongkongan dari pemimpin yang hanya pandai bercakap dan berceloteh serta mencari populariti sahaja. bayangkanlah ada golongan belia hari ini amat merasa jelik apabila mendengar nama atau melihat muka pemimpin golongan muda UMNO yang hanya petah berbicara dan ada mempunyai agenda tertentu tapi nasib golongan ini tidak terbela.
oleh itu saya berharap sangat ketika berkempen semasa Pilihanraya Kecil P.36 Kuala Terengganu BN pusat dan negeri perlulah mengembeleng tenaga dapat mendekati golongan ini agar BN dapat terus memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat KT khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

No comments: