Friday, December 19, 2008

Benarkah Pak Lah lemah kerana KJ

Sebenarnya aku amat menyanjungi Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai seorang Negarawan dan Perdana Menteri juga seorang pemimpin yang agung. Sebagai anak seorang Tokoh Agama dan Ulama terkenal di sebelah utara Semenanjung memang aku hormat sangat kepadanya walaupun isterinya sebelum ini tidak menutup aurat. Sekurang-kurangnya teguran aku dalam warkah untuk PM agar Datin Seri Jeanne Abdullah bukan sekadar menutap aurat atau bertudung semasa mengikuti Pak Lah berkempen PRU ke -12 yang lalu di Kelantan malah sampai hari ini nampaknya Datin Seri masih bertudung, Alhamdullilah.
Tetapi tikaman dari belakang dari pemimpin UMNO sendiri yang membuatkan Pak Lah terpaksa berundur awal dari peralihan kuasa Jun 2010 kepada Mac 2009.
Mereka berkata Pak Lah lembek, lembu dan tidak tegas punca BN kalah teruk dan hilang 5 negeri. malah kempen Barang Naik berjaya meraih undi rakyat untuk Pakatan Rakyat yang terkejut katak dapat tawan banyak kerusi.
Tetapi baru-baru ini aku pergi berkursus di Kuala Lumpur dimana ketika aku bersiar-siar menaiki teksi di bandaraya kebanyakkan pemandu teksi sebagai duta kecil warga kota amat tidak puas hati dengan KJ. Malah mereka menyalahkan KJ punca kekalahan teruk BN di lembah Kelang . Hanya satu kerusi dari 10 kerusi parlimen bi menangi oleh BN yang lain semua PR sapu. KJ perlu relevan untuk memenangi hati warga kota serta juga pengundi India dan Cina.

No comments: