Friday, December 19, 2008

Bagaimana nak jadi Baik?


Bagaimana cara untuk mengubah diri kearah kebaikan
Merenung diri sendiri dengan sedalam-dalamnya , tentang bagaimana sifat diri kita, samada yang baik mahupun yang buruk. Perbaiki sifat-sifat buruk yersebut.
Kembangkan sifat-sifat baik-baik yang ada dalam diri kita dengan pergaulan yang baik dan persekitaran yang baik.
Carilah sokongan dari orang terdekat, isteri/suami/keluarga, rakan rapat. Minta bantuan mereka untuk sentiasa menasihati kita kearah kebaikan
Banyakkanlah beribadah, seperti solat, puasa, zikir, mengaji Al-Quran dan mengetahui maknanya serta beramaldengan isi kandungannya kerana Al-Quran itu ubat dan rahmat penawar segala penyakit hati dengan ini ianya akan memberi kekuatan jiwa dan rohani untuk kita berusaha melakukan segala kebaikan. Lebih bagus jika kita membuat takwin jadual secara rutin, jika merasa jemu dengan ibadah itu, lakukan ibadah lain seperti menziarah saudara mara, anak-anak yatim, orang-orang tua atau banyakkan memberi sedekah kepada mereka yang memerlukan atau sedekah jariah.
Tulis cita-cita anda kearah kebaikandi dalam diari di dalam hati, dirumah, di pejabat dan fikirlah dengan secara positif agar kebaikan senantisa di hati anda. Insya Allah anda akan menjadi seorang yang baik dan soleh. Amin

No comments: