Sunday, January 25, 2009

TV3 Tempat Rakyat mengadu yang paling Terhangat

Kebelakangan ini dapat kita lihat bahawa Berita Ehwal Semasa TV3 adalah tempat rakyat Malaysia mengadu apa saja permasalahan yang di hadapi oleh rakyat Malaysia terhadap agensi-agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan syarikat-syarikat degil yang tidak mahu berkompromi tentang permasalahan rakyat. Rakyat berani membuat ugutan kalau masalah kami tidak selesai atau menghadapi jalan buntu kami akan panggil wakil TV untuk disiarkan dalam Buletin Utama atau rancangan majalah lain. Bila sudah keluar TV3 masalah itu beoleh selesi pula. Kalau tidak memang susah sesuatu pihak terutama pemaju hendak berkompromi. Seolah-olah sudah menjadi satu trend. Dato' Seri Najib Tun Razak nanti kalau dah jadi PM ini yang perlu beliau titik beratkan dan mengambil perhatian yang penuh itupun kalau nak kembalikan keyakinan rakyat. Kekebalan Pemaju dan Pihak berkuasa tempatan perlulah di pandang sebagai antara punca utama rakyat jelata terhakis sifar keyakinan terhadap kerajaan dan UMNO. Renung-renungkan wahai pemimpin UMNO dan komponennya.

No comments: