Sunday, October 11, 2009

APAKAH CIRI-CIRI BARU KOLONIALISME BUDAYA ?

APAKAH CIRI-CIRI BARU KOLONIALISME BUDAYA ?
Dalam beberapa aspek tertentu , Kolonialisme Budaya Semasa ( KBS ) adalah berbeza dari segi amalannya . Ini akan dapat kita lihat dalam beberapa perkara :
  1. Orientasinya adalah untuk mempengaruhi rakyat umum dan bukan terhad kepada kumpulan elit sahaja .
  2. Media Massa terutamanya televisyen mempengaruhi unit rumah tangga dan berfungsi dari 'dalam' serta 'bawah' dan dari 'luar' serta 'atas' .
  3. Skop KBS adalah global dan impaknya adalah bersifat homogen ; kepura - puraan menyeluruh berfungsi memberi mistifikasi kepada simbol , objektif dan kepentingan kuasa imperial .
  4. Media Massa sebagai alat budaya imperialisme adalah bersifat 'swasta' dari segi formal sahaja ; ketiadaan hubungan kerajaan secara formal memberi legitimasi kepada media swasta yang memaparkan kepentingan serta isu-isu negara imperial sebagai 'berita' atau 'hiburan' .
  5. Di bawah naungan imperialisme semasa , kepentingan politik dipaparkan melalui subjek bukan imperial . 'Laporan berita' sebagai contohnya berfokus kepada biografi peribadi petani yang menjadi askar upahan di Amerika Tengah dan askar dari golongan kelas pekerja berkulit hitam Amerika Syarikat dalam Perang Teluk .
  6. Program Media Massa bersifat amat parokial dalam perspektif alternatifnya . Ini kerana wujud jurang yang besar antara janji keamanan dan kemakmuran di bawah kepentingan modal yang tidak terkawal serta realiti yang sebenarnya iaitu peningkatan kadar kemiskinan dan keganasan . Kawalan budaya secara menyeluruh adalah seiring dengan perpisahan total antara kezaliman kapitalisme sebenar dan janji palsu pasaran bebas .
  7. Kolonoalisme Budaya cuba menghapuskan identiti nasional serta kandungan sosio-ekonominya yang bertujuan untuk melumpuhkan tindakan kolektif . Kolonialisme Budaya juga memusnahkan perpaduan komuniti dengan mempromosikan 'modeniti' yang seiring dengan simbol luaran . Ikatan sosial diperkecilkan diatas nama 'individu' dan personaliti pula dibentuk kembali menurut diktat mesej pasaran . Media imperial menawarkan kepada individu identiti eskapisme sementara kuasa imperial menggunakan kekuatan militari untuk meneutralkan suara masyarakat madani ( civil society ) dan institusi kewangan pula 'merompak' ekonomi negara .

Imperialisme Budaya menggalakkan 'amnesia kolektif' ( melupakan ingatan ) mengenai keganasan yang wujud sebagai akibatnya . Contohnya pembunuhan seramai 100,000 puak India oleh regim anti-komunis yang pro-AS di Guetamala dan 75,000 mangsa di Nicaragua yang gagal dipaparkan oleh Media Massa Barat . Kematian akibat peperangan di Asia Timur dan lain-lain risiko dari perbuatan mereka , juga adalah sikap amnesia kolektif mereka . Media Massa juga gagal melaporkan padah akibat pengenalan konsep pasaran bebas di Eropah Timur dan bekas Soviet Union yang meninggalkan berjuta-juta rakyat kelaparan dan miskin .

Sumber : Persatuan Pengguna Pulau Pinang ( CAP )

No comments: